Tuesday, January 11, 2011

PEMERIKSAAN ORANG KOMPETEN

Saya pernah diminta membuat LAWATAN PEMERIKSAAN ORANG KOMPETEN oleh 3 individu sebelum ini i.e rangkaian pasaraya, hotel dan agensi kerajaan.

Dalam kes yang lain, sebuah kilang pernah memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Tenaga untuk melantik ORANG KEMPETEN untuk membuat pemeriksaan berkala.

Ada yang tahu, ada yang ambil tak tahu. MARI KITA KONGSI…...

Bilangan Lawatan.

• Bagi pepasangan yang tidak melebihi 600 volt dan menerima tenaga melalui suis gear berkadar pada atau lebih 100 ampere, bilangan minimum lawatan bagi maksud pemeriksaan sebulan adalah satu lawatan.

• Bagi pepasangan melebihi 600 volt tetapi tidak melebihi 11,000 volt, bilangan lawatan bagi maksud pemeriksaan sebulan adalah dua lawatan ; dan

• Bagi pepasangan melebihi 11,000 volt tetapi tidak melebihi 132,000 volt, bilangan minimum lawatan bagi maksud pemeriksaan sebulan adalah empat lawatan.

2 comments:

anonymous said...

Assalamualaikum.. macam mana nak contact tuan? email saya mdnizam55@yahoo.com (boleh tuan drop email tuan ke email saya?)

TQ said...
This comment has been removed by the author.