Dalam post ini saya ingin berkongsi sedikit tentang skop kerja Jurutera Elektrik Kompeten. Diharap pembaca dapat membuat bandingan dengan skop kerja Jurutera Perkhidmatan Elektrik dan Jurutera Professional Elektrik. 3 entiti yang berbeza tetapi mungkin hanya dimiliki oleh seorang saja.
Tanggungjawab seorang Jurutera Elektrik Kompeten merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1990 adalah seperti berikut :
Keselamatan Pepasangan - Memastikan semua pepasangan adalah selamat apabila penyuisan.
Pemasangan dan Senggaraan Yang Selamat - Memastikan setiap pepasangan adalah selamat kepada orang awam, pekerja dan selamat apabila digunakan.
Lawatan Ke atas Pepasangan - Peraturan-peraturan Elektrik 1994, seksyen 68 (1) menyatakan bahawa setiap Jurutera Elektrik Kompeten adalah dikehendaki untuk memeriksa pepasangan, merekod dan menghantar semua keputusan, syor dan arahan kepada pengarah dan pemuanya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Laporan - Jurutera Elektrik Kompeten yang telah memeriksa pemasangan dan mengetahui terdapat kecacatan dalam perpasangan itu atau mana-mana kelengkapan dalamnya yang berkemungkinan boleh menyebabkan bahaya, beliau hendaklah dengan serta merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pemasangan itu supaya membaiki ataupun mengahapuskan perpasangan tersebut.
Penyuisan Voltan Tinggi - Penyuisan Voltan Tinggi hanya boleh dijalankan oleh Orang Berkebenaran atau Orang Berkecekapan yang dibenarkan khusus untuk penyuisan, melainkan membuka dan menutup perkakasuis Voltan Tinggi berjadual yang dipersetujui untuk kawalan perkakas bantu atau membuka dalam kes kecemasan.
Berkongsi maklumat mengenai KEJURUTERAAN ELEKTRIK meliputi KERJAYA, PEMASANGAN ELEKTRIK, PEMBINAAN, PENYELENGGARAAN, AKTA dan KEKOMPETENAN.
Wednesday, December 28, 2011
Tuesday, December 27, 2011
JURUTERA ELEKTRIK KOMPETEN TERENGGANU
Alhamdulillah...saya diberi peluang (oleh pemunya pepasangan yang prihatin) untuk membuat pemeriksaan di tempat mereka.
Ini adalah sebahagian pemandangan di dalam Bilik Suis Utama yang saya temui.
Kebanyakan pepasangan yang saya lawati mempunyai ketidakpatuhan kepada kehendak-kehendak Akta dan Peraturan Elektrik yang (lebih kurang) sama.
Cuba perhatikan gambar berikut;
Ini adalah sebahagian pemandangan di dalam Bilik Suis Utama yang saya temui.
Disamping melaporkan di dalam Borang I, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kecacatan ini diperbetulkan dengan kadar segera.
Berikut adalah PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 yang berkaitan:-
Peraturan 37 – Ruang bagi papan suis atau kelengkapan
37. Mana- mana bahagian sesuatu pepasangan yang papan suis atau kelengkapan dipasang di dalam mana-mana premis;
(a) hendaklah cukup terang, dialih udara dan sentiasa kering.
(b) hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan suis atau kelengkapan itu
dikendalikan dengan selamat.
(c) hendaklah cukup dimensinya bagi mengadakan ruang yang cukup bagi pengendalian
atau penyenggaraan dengan selamat.
(d) tidak boleh digunakan bagi apa-apa jenis penstoran.
Peraturan 37 – Ruang bagi papan suis atau kelengkapan
37. Mana- mana bahagian sesuatu pepasangan yang papan suis atau kelengkapan dipasang di dalam mana-mana premis;
(a) hendaklah cukup terang, dialih udara dan sentiasa kering.
(b) hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan suis atau kelengkapan itu
dikendalikan dengan selamat.
(c) hendaklah cukup dimensinya bagi mengadakan ruang yang cukup bagi pengendalian
atau penyenggaraan dengan selamat.
(d) tidak boleh digunakan bagi apa-apa jenis penstoran.
Thursday, December 15, 2011
PENDAFTARAN PEPASANGAN JANAKUASA DENGAN SURUHANJAYA TENAGA
Sejak kebelakangan ini saya banyak membuat urusan pendaftaran Pepasangan Janakuasa dengan Suruhanjaya Tenaga.
Pelanggan-pelanggan saya terdiri daripada pemilik-pemilik Stesen Minyak Petronas di kawasan Negeri Terengganu.
Saya nampak fenomena ini menampakkan kesedaran daripada Warga Malaysia terhadap kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan yang mana ia digubal tidak lain dan tidak bukan untuk kesejahteraan dan KESELAMATAN manusia juga.
Sedikit panduan kepada pembaca blog saya:-
Pelanggan-pelanggan saya terdiri daripada pemilik-pemilik Stesen Minyak Petronas di kawasan Negeri Terengganu.
Saya nampak fenomena ini menampakkan kesedaran daripada Warga Malaysia terhadap kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan yang mana ia digubal tidak lain dan tidak bukan untuk kesejahteraan dan KESELAMATAN manusia juga.
Sedikit panduan kepada pembaca blog saya:-
- Permohonan pendaftaran hendaklah dibuat oleh pemunya. Pemunya atau pengurusan pepasangan boleh melantik JURUTERA PERUNDING / JURUTERA PROFESIONAL ELEKTRIK atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenagauntuk membuat permohonan pendaftaran bagi pihak mereka.
- Bagi pepasangan baru dibina atau lama yang ingin didaftarkan; Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakannya kepada ST Borang ST(KE)9 yang boleh diperolehi terus sama ada dari pejabat ST Kawasan atau dimuat turun daripada laman web Suruhanjaya Tenaga di http://www.st.gov.my/ secara percuma.
- Antara perkara-perkara yang perlu dilampirkan adalah :- Borang A (permohonan bagi pendaftaran pepasangan) yang ditandatangani oleh pemunya atau pengurusan sendiri. Pelan, lukisan skematik,Borang G (Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan), Borang H (Perakuan Ujian)
- Bagi pepasangan yang telah berdaftar yang ingin diperbesarkan atau diubahsuai, pemunya atau pengurusan pepasangan tersebut dikehendaki memberi notis kepada pejabat ST Kawasan di mana pepasangan itu didaftarkan dan hendaklah mengemukakan pelan tambahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk pendaftaran.
- Setelah pepasangan elektrik itu diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk didaftarkan, maka suatu Perakuan Pendaftaran Pepasangan dalam Borang B akan dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan.
PENALTI
- Mana-mana orang sama ada pemunya atau pengurusan bangunan yang gagal atau cuai untuk mendaftarkan pepasangan di bawah tanggungjawab mereka adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 37(8) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 atau denda tambahan tidak melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
- Kegagalan mana-mana pemunya atau pengurusan bangunan membuat pembaharuan dengan tidak membayar fi pepasangan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan apabila disabitkan, mereka yang bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
TANGGUNGJAWAB MENDAFTAR PEPASANG
Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990.
Subscribe to:
Posts (Atom)