Thursday, December 15, 2011

PENDAFTARAN PEPASANGAN JANAKUASA DENGAN SURUHANJAYA TENAGA

Sejak kebelakangan ini saya banyak membuat urusan pendaftaran Pepasangan Janakuasa dengan Suruhanjaya Tenaga.

Pelanggan-pelanggan saya terdiri daripada pemilik-pemilik Stesen Minyak Petronas di kawasan Negeri Terengganu.

Saya nampak fenomena ini menampakkan kesedaran daripada Warga Malaysia terhadap kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan yang mana ia digubal tidak lain dan tidak bukan untuk kesejahteraan dan KESELAMATAN manusia juga.

Sedikit panduan kepada pembaca blog saya:-



  1. Permohonan pendaftaran hendaklah dibuat oleh pemunya. Pemunya atau pengurusan pepasangan boleh melantik JURUTERA PERUNDING / JURUTERA PROFESIONAL ELEKTRIK atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenagauntuk membuat permohonan pendaftaran bagi pihak mereka.


  2. Bagi pepasangan baru dibina atau lama yang ingin didaftarkan; Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakannya kepada ST Borang ST(KE)9 yang boleh diperolehi terus sama ada dari pejabat ST Kawasan atau dimuat turun daripada laman web Suruhanjaya Tenaga di http://www.st.gov.my/ secara percuma.


  3. Antara perkara-perkara yang perlu dilampirkan adalah :- Borang A (permohonan bagi pendaftaran pepasangan) yang ditandatangani oleh pemunya atau pengurusan sendiri. Pelan, lukisan skematik,Borang G (Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan), Borang H (Perakuan Ujian)


  4. Bagi pepasangan yang telah berdaftar yang ingin diperbesarkan atau diubahsuai, pemunya atau pengurusan pepasangan tersebut dikehendaki memberi notis kepada pejabat ST Kawasan di mana pepasangan itu didaftarkan dan hendaklah mengemukakan pelan tambahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk pendaftaran.


  5. Setelah pepasangan elektrik itu diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk didaftarkan, maka suatu Perakuan Pendaftaran Pepasangan dalam Borang B akan dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan.


PENALTI



  1. Mana-mana orang sama ada pemunya atau pengurusan bangunan yang gagal atau cuai untuk mendaftarkan pepasangan di bawah tanggungjawab mereka adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 37(8) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 atau denda tambahan tidak melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.


  2. Kegagalan mana-mana pemunya atau pengurusan bangunan membuat pembaharuan dengan tidak membayar fi pepasangan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan apabila disabitkan, mereka yang bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.


TANGGUNGJAWAB MENDAFTAR PEPASANG



Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990.




7 comments:

Fast Machine said...

tq tuan, info yg sgt membantu

faizal said...

Salam tuan... Bila ka pekara ini mula di kuat kuasa.
Setahu saya dulu hanya Pemasangan gas melaysia yg perlu.

Dan perlukah pendaftaran ini dperbaharui setiap tahun... Terima kasih

Unknown said...

Salam ir,

berapakah kuasa minima bagi janakuasa yang diperlukan oleh ST untuk bagi setiap permohonan lesen janakuasa?

Adakah ST mempunyai guideline bagi kadar janakuasa yg perlu didfatarkan?

boleh tuan kongsikan.....

Zurainie said...

assalam.. bagaimana untuk memperbaharui perakuan pendaftaran? borang apa yang perlu diisikan? terima kasih.

Unknown said...

assalam tuan,

saya ingin meminta pengcerahan daripada tuan.

berikut adalah butiran pepasangan elekrik yang terdapat di sebuah bangunan yang baru siap.

A.pepasanagn elektrik 11kv. 3825kw.
B.satu unit janakuasa elektrik 400v, 1600kw.
C.satu unit janakuasa elektrik 400v, 1000kw.

Soalan.

1. Berapakah jumlah fee tahunan yg perlu dibayar kepada Suruhanjaya Tenaga.
2. Apakah pekara - pekara yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan untuk mengendalikan pepasangan tersebut mengikut akta dan peraturan Suruhanjaya Tenaga.

Jasa baik tuan amatlah dihargai.

sekian terima.

Deidera said...

Salam tuan

Nak tanya sikit pasal nak jadi Kompeten jurutera ST ni. I ada experience dlm Consultant engineer je. I ada P.E dlm BEM. Tapi kalau I ambil kursus JEK kat TNB ILSAS to, boleh tak i daftar untuk ambil ujian kompeten engineer?

Mukmin Rosli said...

terima kasih siap saya punya assignments