Dalam post ini saya ingin berkongsi sedikit tentang skop kerja Jurutera Elektrik Kompeten. Diharap pembaca dapat membuat bandingan dengan skop kerja Jurutera Perkhidmatan Elektrik dan Jurutera Professional Elektrik. 3 entiti yang berbeza tetapi mungkin hanya dimiliki oleh seorang saja.
Tanggungjawab seorang Jurutera Elektrik Kompeten merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1990 adalah seperti berikut :
Keselamatan Pepasangan - Memastikan semua pepasangan adalah selamat apabila penyuisan.
Pemasangan dan Senggaraan Yang Selamat - Memastikan setiap pepasangan adalah selamat kepada orang awam, pekerja dan selamat apabila digunakan.
Lawatan Ke atas Pepasangan - Peraturan-peraturan Elektrik 1994, seksyen 68 (1) menyatakan bahawa setiap Jurutera Elektrik Kompeten adalah dikehendaki untuk memeriksa pepasangan, merekod dan menghantar semua keputusan, syor dan arahan kepada pengarah dan pemuanya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Laporan - Jurutera Elektrik Kompeten yang telah memeriksa pemasangan dan mengetahui terdapat kecacatan dalam perpasangan itu atau mana-mana kelengkapan dalamnya yang berkemungkinan boleh menyebabkan bahaya, beliau hendaklah dengan serta merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pemasangan itu supaya membaiki ataupun mengahapuskan perpasangan tersebut.
Penyuisan Voltan Tinggi - Penyuisan Voltan Tinggi hanya boleh dijalankan oleh Orang Berkebenaran atau Orang Berkecekapan yang dibenarkan khusus untuk penyuisan, melainkan membuka dan menutup perkakasuis Voltan Tinggi berjadual yang dipersetujui untuk kawalan perkakas bantu atau membuka dalam kes kecemasan.