Seperti kebiasaannya, di awal pembinaan tumpuan lebih harus diberi terhadap pembinaan Pencawang TNB.
Lihat foto, Ni kira dah boleh panggil untuk 2nd inspection dengan TNB. 1st. inspection adalah untuk mengenalpasti lokasi termasuk untuk kiraan kos cas sambungan. Surat Cas Sambungan dah dapat..kira awal. Boleh prepare cek!
Nampak simple kan... Sebenarnya agak cerewet jika tidak ditangani dengan betul. Juga merupakan salah satu alasan popular oleh kontraktor untuk mendapatkan EOT.
Macamana nak elak..? MARI KITA KONGSI
- Pastikan permohonan bekalan dilakukan oleh Perunding Elektrik dan TNB bersetuju dengan jenis2 Pencawang yang diperlukan (Single Chamber, Double Chamber, SSU, PPU dll) berdasarkan Anggaran Beban Awal yang dikemukakan.
- Harus diingat bahawa keperluan TNB dari segi Layout Bangunan termasuk trenches dan services di dalamnya tidak sama bagi setiap negeri dan daerah.
- Pastikan lokasi Panel TNB meter adalah dipersetujui lebih awal. Banyak kekeliruan jika ia melibatkan projek Street lighting, kuaters dan cafeteria.
- Sentiasa memanggil pihak TNB membuat pemeriksaan semasa pembinaan.
- Siapkan dan serahkan bangunan Pencawang sekurang-kurangnya 8 bulan sebelum projek siap. TNB memerlukan 6 bulan untuk memberi bekalan elektrik setelah Pencawang diserahkan dengan sempurna.
- Jaga kualiti. Sedikit kecacatan akan melambatkan proses penyerahan.
- Pastikan cas sambungan, borang-borang berkaitan, bond (jika perlu), tatahan dikemukan lebih awal.
Selamat Mencuba
1 comment:
tips yang terlalu ringkas
Post a Comment